Tuesday, June 7, 2011

AHLUL BAYT DI DALAM AL-QUR’AN

AHLUL BAYT DI DALAM AL-QUR’AN :

Al-Qur’an al-Karim merupakan sumber pemikiran, syariah dan nilai. Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan undang-undangnya. Setiap muslim mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya. Al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dengan menggunakan uslub berikut:

1. Dengan terus terang menyebut nama mereka dengan menggunakan istilah yang digunakan al-Qur’an, adakala al-Qur’an menyebut mereka dengar nama Ahl a1-Bayt, sebagaimana dalam ayat “at-Tathir”[1] dan kadang-kadang disebut dengan “al-Qurba” sepertimana dalam ayat “al-Mawaddah”.[2] Dengan sebab itu turunnya beberapa ayat al-Qur’an yang dijelaskan oleh Sunnah Nabi dan diuraikan untuk umat pada ketika itu, serta diriwayatkan oleh ahli-ahli tafsir, perawi-perawi hadis dan ahli-ahli sejarah dalam kitab-kitab dan ensiklopedia mereka.

2. Dengan merekodkan peristiwa dan kejadian yang berlaku khusus mengenai Ahl al-Bayt, dengan turunnya beberapa ayat yang menceritakan kelebihan dan maqam Ahl al-Bayt, dengan memuji-muji mereka dan perhatian umat terhadap mereka sama ada secara berkelompok seperti dalam ayat “al-Mubahalah”,[3] dan ayat “at-Ta’am” dalam surah “ad-Dahr” dan lain-lain atau secara berasingan seperti dalam ayat al-Wilayah iaitu:
إِنَّما وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذينَ آمَنُوا الَّذينَ يُقيمُونَ الصَّلاةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكاةَ وَ هُمْ راكِعُون‏
Maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan rasul-Nya dan orang-orang yang beriman iaitu mereka yang mendirikan al-solah dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan rukuk.”
Kami akan kemukakan sebahagian daripada ayat-ayat yang banyak menjelaskan keutamaan dan kedudukan Ahl al-Bayt as dengan secara terperinci dan terang.

PERTAMA: AYAT AT-TATHIR

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ‏ْ تَطْهِيرًا
Kebanyakan kitab al-tafsir dan hadis menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahl at-Bayt as ialah keluarga Nabi Muhammad saw, mereka ialah Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn. Tersebut dalam kitab al-Dur- al-Manthur karangan al-Suyuti, hadis dikeluarkan oleh al-Tabr ni daripada Umm Salamah bahawa Rasululluah saw bersabda kepada Fatimah, maksudnya; “Datanglah kepadaku suamimu dan kedua-dua anaknya, kemudian Fatimah datang bersama-sama mereka, kemudian RasulIullah saw menutupi mereka dengan kain penutup daripada negeri Fadak, lalu meletakkkan tangannya saw ke atas mereka dengan bersabda, maksudnya: Ya Allah sesungguhnya mereka ini adalah Ali Muhammad.
Dalam setengah riwayat menggunakan lafaz (Al Muhammad) – maka jadikanlah salawat dan keberkatan kamu ke atas keluarga Muhammad sebagaimana telah kami jadikannya ke atas keluarga Ibrahim sesungguhnya kamu Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. Berkata Umm Salamah: Aku bukakan kain penutup supaya aku dapat masuk ke dalam bersama-sama mereka tetapi Rasullullah merentap kain penutup itu daripada tanganku dan bersabda sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan.”[4]

Diriwayatkan daripada Umm Salamah, isteri Nabi, bahawa ketika Rasullullah saw berada di rumahnya sedang tidur dengan (memakai) kain selimut dan Khaibar tiba-tiba Fatimah datang membawa satu mangkuk berisi Khazirah.[5]

Rasulullah saw berkata kepada Fatimah: Panggil suamimu dan kedua-dua anakmu Hasan dan Husayn, maka Fatimab pun memanggil mereka itu tatkala mereka tengah makan tiba-tiba turun ayat 33 Surah 33 kepada Rasulullah saw Kemudian Rasullullah memegang tepi kainnya dan menutupi mereka itu dengan kain itu, seterusnya Nabi saw mengeluarkan tangannya daripada kain selimut dan menadahkan tangannya ke langit dengan berdoa:
اللهم هؤلاء اهل بیتی و خاصتی فاذهب عنهم الرجس و طهرهم تطهیرا
“Ya Allah mereka itu adalah Ahl Baytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya.” Nabi saw mengulangi (doa ini) 3 kali. Berkata Umm Salamah: Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu dan aku berkata: Wahai Rasullullah adakah aku (boleh) bersama kamu?

Jawab Nabi saw:[6]
“انک علی خیر” Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan (diulangi sebanyak) dua kali.”
Begitulah seterusnya Rasullullah menerangkan kepada umatnya mengenai makna ayat suci al-Qur’an dan bersungguh-sungguh untuk memahamkannya supaya umatnya dapat petunjuk daripadanya dan berjalan mengikut petunjuk al-Qur’an dengan sabdanya yang bermaksud: “Diturunkan ayat ini kepada lima orang, kepadaku, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn:
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[7]

Sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah dalam menai sirkan ayat itu dan mengukuhkan mengenai orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat ini dengan katanya:
Nabi telah keluar pada suatu pagi dengan memakai mard marhal daripada bulu hitam kemudian datang Hasan bin Ali lalu dimasukkan ke dalarnnya, lepas itu datang pula Husayn dan dimasukkan ke dalamnya, kemudian datang Fatimah dan dimasukkan dia ke dalamnya dan akhir sekali Ali datang dan dimasukkan ke dalamnya, lalu membaca ayat (33 Surah 33).
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[8]

Terdapat dalam riwayat yang lain. pula bahawa Rasullullah saw pernah lalu (di depan) pintu rumah F timah ketika baginda hendak pergi solah subuh dan bersabda maksudnya: “Salat, salat wahai Ali al-Bayt sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghapuskan dosa daripada kamu Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu dengan penuh kebersihan.” Begitulah al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dan menetapkan peribadi mereka yang suci daripada kekotoran, maksiat dan dosa, dan mengikut hawa nafsu Oleh itu akhlak dan peribadi mereka menjadi contoh teladan. Al-Qur’an tidak memperkenalkan mereka dengan takrif itu melainkan untuk mengukuhkan kedudukan dan maqam mereka dan menumpukan perhatian umat supaya mencontohi mereka dan merujukkan kepada mereka dalam memahami. syariah dan hukum-hakamnya, juga untuk menentukan timbangan dan neraca umat apabila timbul perbezaan pendapat dan percanggahan pemikiran dan dalam hal. ini memang jelas penekanan al-Qur’an dalam beberapa ayat dengan Ahl al-Bayt sebagai contoh teladan bagi orang-orang Islam sesudah Rasullulah saw
Apa juga yang biasa dilakukan Rasullullah seperti berhenti di depan pintu rumah Ali dan Fatimah dan memanggil-manggil mereka di waktu fajar serta mengajak mereka sembahyang dan memberikan gelaran Ahl al-Bayt, semuanya itu tidak lain kecuali untuk mengenalkan keperibadian Ahl al-Bayt dan dengan mentafsirkan ayat at-Tathir untuk menberitahu umat maqam Ahl al-Bayt, menumpukan perhatian umat kepada mereka, kewajipan mengasihi dan mentaati serta memberi kepemimpinan kepada mereka.
Al-Tabari telah meriwayatkan daripada Ibn al-Hamra’ dengan katanya “Aku melihat Rasullullah mendatangi pintu Ali dan Fatimah selama enam bulan lalu menyebutkan,
“الصلاة اهل البیت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ‏ْ تَطْهِيرًا
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[9]

Al-Fakhr al-Razi menyebutkan dalam Tafsir al-Kabir bahawa Rasulullah saw selepas turunya ayat:
“وَ أْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَوةِ وَ اصْطَبرِْ عَلَيهَْا”
“Dan suruhlah ahli kamu sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” Rasulullah saw pergi ke rumah Ali dan Fatimah pada setiap pagi dan berkata, “as-solah” – baginda berbuat demikian berbulan-bulan lamanya.
Dalam hadith riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas bahawa Nabi saw berjalan melalui rumah Fatimah selama 6 bulan setiap kali baginda keluar hendak solat dan bersabda:
“الصلاة اهل البیت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ‏ْ تَطْهِيرًا
Hal yang demikian adalah satu penjelasan dan bukti bagaimana pengamatan Rasulullah dengan keluarganya Ahl Bayt dan memperkuatkan lagi kepada orang-orang Islam bahawa mereka akan dibersihkannya dengan sebersih-bersihnya. Selepas Allah menujukan firmanNya yang Bermaksud: “Dan perintahkah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”
Jelas dengan ayat: “إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ” dan menggunakan perkataan muzakkar dan tidak perempuan (عَنكُمُ) dan (وَ يُطَهِّرَكمُ) adalah menunjukkan bahawa mereka yang dimaksudkan ialah lima oang dan telah disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahawa jika yang dimaksudkan itu isteri-isteri nabi nescaya menggunakan (وَ يُطَهِّرَكن) dan (عَنكُن) dan menujukan ucapannya kepada wanita.
Sesungguhnya ayat-ayat di atas menggariskan satu jalan yang mengandungi makna yang luas dan dalam dan menumpukan perhatian kita kepada matlamat-matlamat yang asas dalam kehidupan umat Islam supaya fahaman kita tidak bercanggah dan mensia-siakan maksud sebenar dalam kitab Allah, yang bertujuan untuk pembinaan umat di atas asas kesucian dan jauh daripada kekotoran dan kehinaan, dan menjadikan Ahl Bayt sebagai pusat dan mercu bagi pembinaan ini. Tiada siapa di antara orang-orang Islam yang persaksikan oleh al-Qur’an dengan sifat-sifat ini dan tiada di antara kita yang ditujukan ucapan oleh Rasulullah dengan sifat-sifat yang mutlaq dan dijauhkan daripada dosa-dosa dan maksiat.

sila ke laman asal untuk maklumat lanjut

http://pondokhabib.wordpress.com/2011/03/24/ahlul-bayt-di-dalam-al-qur%E2%80%99an/

Monday, July 5, 2010

Albukhary International University




AIU Building FundThe Albukhary International University campus was developed at a cost of about RM350 million ringgit. As a non profit university that intends to provide fully sponsored scholarships to underprivileged and disadvantaged students from all backgrounds, the Government of Malaysia approved a special AIU Building Fund for local corporate donors who support the noble objectives of this humanitarian educational project with international reaching implications.

AIU wishes to acknowledge its gratitude and special appreciation to the following public listed companies who have collectively made a very substantial financial contribution towards this Government approved building fund:

Tradewinds Corporation Berhad
Tradewinds (Malaysia) Berhad
Tradewinds Plantation Berhad
Johor Port Berhad
DRB-Hicom Berhad
Aliran Insan Resources (AIR) Berhad
Malakoff Corporation Berhad
Padiberas Nasional Berhad (Bernas)
MMC Corporation Berhad
Gas Malaysia Sdn Bhd

This is a copyright of Albukhary International University 2010. All rights reserved.

kepada adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran dengan biasiswa sila layari

http://aiu.edu.my/index.html

Thursday, January 14, 2010

ISU 'MAKAN GULA' DAN ISU NAMA 'ALLAH'


GAMBAR HIASAN - TEPI PANTAI ST KILDA PIER, MELBOURNE
JUMAAT
29 MUHARRAM 1431H

DARI SUBANG AIRPORT BEKEJAR KE KLANG pasai nak solat di area KLANG. Dlm perjalan aku dengar RADIO IKIM.. kot la telajak JUMAAT dapat gak dengar KHUTBAH.
ulasan di buat (MASJID PUTRAJAYA.. kalo tak silap aku dengar la) sekitar isu GULA YANG akan jadi bahan KHUTBAH JUMAAT YANG MULIA hari ini. Jadi diaorang nie pun ulas la macam2... ringkasnnya HARGA GULA NAIK... KERAJAAN TAK dapat tanggung SUBSIDI 1.1 ke 1.2 BILLION katanya... (pegi la mampus kan, aku bukan nak tau pasai kerjaan tanggung subsidi tu..tapi apa salahnya kan... kau tanggung bukan untuk 1,2 orang atau sekelompok manusia atau satu parti je atau apa2 la... tapi kau tannggung satu umat dalam malaysia.. bagi semua manusia dalam malaysia nie makan gula dan 1 BILLLION nie bukan besar dalam kerajaan skrg nie, tengok jela perabis kat... aaa pegi lantak la... malas aku nak ulas...) ok...sampai klang aku sempat dengar azan pertama berkumandang..


AKU da stanby da isu apa lak kat KHUTBAH khatib nie.. "KALIMAH ALLAH disebut dalam AL-QURAN sebanyak blah..blah..blah... dalam mesyuarat jemmaah menteri pada 1986.. (tak silap telinga aku la) telah meluluskan 4 perkara yang hanya boleh digunapkai oleh umat/orang ISLAM..iaitu PERKATAAN/KALIMAH 'ALLAH', BAITULLAH,dan... (alamak tak ingat) lepas tu.. "DI NEGARA-NEGARA kristian / eropah mereka tidak sibukkan hal untuk menggunakan nama 'ALLAH' ini, kenapa? SEBABnya mereka itu da majoriti nya semua begitu. CUBAAN-CUBAAN untuk mengelirukan umat ISLAM khususnya diMESIR, ARAB DAN LAIN-LAIN SEPERTI MALAYSIA yang berlaku hari ini adalah sengaja dilakukan supaya umat islam akhirnya terkeliru kerana semua agama boleh menggunakan KALIMAT 'ALLAH'. Kesannya mungkin bukan sekarang tapi anak cucu kita..."

JADI BAGI AKU... BILA COMPARE DUA2 KHUTBAH nie... da tentu la aku dapat pahala lebih dari orang yanng dengar satu khutbah... hehehe..tu pun ntah... kalo di renung2 dan di tajamkan.. satu tu lebih cenderung pada kesihatan diri sendiri la kot (atau yang sebalik tak nampak sebenarnya MALAYSIA da habis duit agaknya)

yang satu khutbah lagi lebih kepada perjuangan menjaga KESUCIAN NAMA 'ALLAH' dan seterunya membela agamaNYA.. yang memang tengah hangat di perkatakan... kalo tak gereja tak terbakar kan... logiknya begitula... JADI untuk menenangkan umat ISLAM nie ... dalam KHUTBAH LA... betul tak... da tentu arah la MASJID TU tempat UMAT ISLAM... so kau tala je kat situ cerita-cerita nie... bagi pikir dan cooolll sikit.. nie... kau dok cerita pasal gula bawak penyakit.... benda tu bole cerita dalam TV.. pasall yang makan gula nie bukan org islam je...

Monday, August 31, 2009

BERBANGGALAH JADI RAKYAT MALAYSIA

SEMPENA dengan kemerdekaan ini aku rasa semua orang terutama yang jadi rakyat MALAYSIA nie kene bersyukur jadi rakyat negara ini...

pertama .... MALAM TADI AKU DENGAR DALAM BERITA TV3... Minyak naik... sempene menyambut kemerdekaan ini.. berkuatkuasa 12 malam tadi... alhamdulillah... itu la SLOGAN MERDEKA.... RAKYAT DIDULUKAN... PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..

kedua.... baru aku tau kenapa gula sibuk takde ... pikir-pikir.. satu ketika dulu... TANAH 'MELAYU'... lepas tu Malaysia... Lepas tu SATU MALAYSIA... memang patut la time raya MELAYU sekarang .. macam-macam limpahan rezeki... dulu.. rm 1.80 sekarang rm 2.05.. kan bertambah.... lepas nie... harga barang lain pun cam tu gak la bertambahnye... alhamdulillah...

ketiga... patutnye negeri selangor yang dok sibuk bagi AIR FREE KAT RAKYAT SELANGOR pun... tak payah bagi dah.... buat macam... KERAJAAN PUSAT SEKARANG.. barulah ... ikut SLOGAN... RAKYAT DI LUPAKAN... PENCAPAIAN DI MESTIKAN..

JADI... MARI LAH.. SAMA-SAMA kita menyokong KERAJAAN SEKARANG NIE...

Thursday, July 23, 2009

99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan

99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Jul 23, 09 | 12:04:19 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Sembilan puluh sembilan peratus keluarga di negara ini merasa semakin sukar menghadapi kenaikan harga makanan. Iklan



Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, tinjauan pendapat yang dijalankan pada tahun lalu mengenai kesan inflasi ke atas keluarga mendedahkan statistik tersebut.

"Kira-kira 44 peratus wanita dari golongan berpendapatan rendah juga berkata, masalah kewangan mencetuskan salah faham di dalam keluarga akibat kenaikan tersebut," The Star Online hari ini memetik beliau berkata.

Ketika merasmikan program pengurusan kewangan keluarga, Aminah berkata, terdapat juga aduan mengenai gangguan along dan amaran dari bank kepada keluarga yang gagal membayar hutang mereka akibat kebuntuan untuk menguruskan kewangan mereka.

Program pengurusan kewangan keluarga itu akan diadakan di seluruh negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia. _

Wednesday, July 1, 2009

Hukum qada’ solat

Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah sebagai pengingat (tazkirah) kepada diri sendiri yang dirahmati Allah s.w.t

Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya..

Hukum qada’ solat

Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkann ya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.
Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya. Dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.
Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.
Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak..
Menurut Ibnu Haja al-Haitami,

Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya.

Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.
Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,

Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.
Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,

Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib..
Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.

Cara Qada’ Solat

Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.
Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.
Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.
Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.
Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelum Asar, dan begitulah seterusnya..
Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.