Monday, August 31, 2009

BERBANGGALAH JADI RAKYAT MALAYSIA

SEMPENA dengan kemerdekaan ini aku rasa semua orang terutama yang jadi rakyat MALAYSIA nie kene bersyukur jadi rakyat negara ini...

pertama .... MALAM TADI AKU DENGAR DALAM BERITA TV3... Minyak naik... sempene menyambut kemerdekaan ini.. berkuatkuasa 12 malam tadi... alhamdulillah... itu la SLOGAN MERDEKA.... RAKYAT DIDULUKAN... PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..

kedua.... baru aku tau kenapa gula sibuk takde ... pikir-pikir.. satu ketika dulu... TANAH 'MELAYU'... lepas tu Malaysia... Lepas tu SATU MALAYSIA... memang patut la time raya MELAYU sekarang .. macam-macam limpahan rezeki... dulu.. rm 1.80 sekarang rm 2.05.. kan bertambah.... lepas nie... harga barang lain pun cam tu gak la bertambahnye... alhamdulillah...

ketiga... patutnye negeri selangor yang dok sibuk bagi AIR FREE KAT RAKYAT SELANGOR pun... tak payah bagi dah.... buat macam... KERAJAAN PUSAT SEKARANG.. barulah ... ikut SLOGAN... RAKYAT DI LUPAKAN... PENCAPAIAN DI MESTIKAN..

JADI... MARI LAH.. SAMA-SAMA kita menyokong KERAJAAN SEKARANG NIE...

Thursday, July 23, 2009

99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan

99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Jul 23, 09 | 12:04:19 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Sembilan puluh sembilan peratus keluarga di negara ini merasa semakin sukar menghadapi kenaikan harga makanan. Iklan



Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, tinjauan pendapat yang dijalankan pada tahun lalu mengenai kesan inflasi ke atas keluarga mendedahkan statistik tersebut.

"Kira-kira 44 peratus wanita dari golongan berpendapatan rendah juga berkata, masalah kewangan mencetuskan salah faham di dalam keluarga akibat kenaikan tersebut," The Star Online hari ini memetik beliau berkata.

Ketika merasmikan program pengurusan kewangan keluarga, Aminah berkata, terdapat juga aduan mengenai gangguan along dan amaran dari bank kepada keluarga yang gagal membayar hutang mereka akibat kebuntuan untuk menguruskan kewangan mereka.

Program pengurusan kewangan keluarga itu akan diadakan di seluruh negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia. _

Wednesday, July 1, 2009

Hukum qada’ solat

Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah sebagai pengingat (tazkirah) kepada diri sendiri yang dirahmati Allah s.w.t

Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya..

Hukum qada’ solat

Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkann ya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.
Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya. Dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.
Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.
Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak..
Menurut Ibnu Haja al-Haitami,

Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya.

Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.
Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,

Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.
Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,

Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib..
Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.

Cara Qada’ Solat

Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.
Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.
Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.
Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.
Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelum Asar, dan begitulah seterusnya..
Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.

Friday, April 17, 2009

Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Tuesday, March 31, 2009

nesface 3 in One Boleh Merosakkan Buah Pinggang @ melemahkan Jantung

31 Mac 2009
nesface 3 in One Boleh Merosakkan Buah Pinggang @ melemahkan Jantung

Email : ZAMRI kecik's



Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.



Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:



Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.



1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.



Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran

ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:



1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam
air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus
sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan
makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam.

'sharing is caring....'

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:55 PM

Tuesday, February 10, 2009

Ciptaan ALLAH yang mengkagumkan!!






ini lah gambar yang aku sempat rakamkan sebelum aku lepaskan makhluk ciptaan ALLAH nie. lepas hantar anak aku pih rumah nenek diaorang tengahari semalam tiba-tiba benda nie ada kat celah letak lengan kat pintu kereta sebelah wife aku. "subhanallah" memang cantik dengan warna ala-ala tembaga dengan kehijauan. Dalam kereta aku tu memang ada bedera kecik warna hijau... tengah tu bulat putih.. mungkin dia 'absorb' warna tu gaknya..

kalau ada yang minat nak letak kat blog CLICK AT THE TEXT 'special beetle from MaLaYsiA' BELOW, THEN GET THE HTML "EMBED SLIDESHOW"
From special beetle from MaLaYsiA

Monday, February 2, 2009

APA YANG KITA BOLEH PELAJARI DARI KAUM YAHUDI

APA YANG KITA BOLEH PELAJARI DARI KAUM YAHUDI


"Hikmah itu ialah barang yang hilang dari orang mukmin, ambillah ia di mana kamu menjumpainya" maksud hadith.

"Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu" maksud hadith.

Cara makan Yahudi seperti yg tertulis dalam hadis?

Oleh edika_isk
Tranungkite

" A good article for reference! Menemui saudaraku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharjalela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupun dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yang mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yang memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua.

Tak perlulah saya mengulang lagi perilaku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy).

Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan generasi mendatang.

Janganlah kita dok berterusan mengutuk kaum Yahudi, sedangkan badan dunia (PBB) tak dapat melakukan sesuatu. Pembunuhan secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satupun general tentera Israel dibawa ke muka pengadilan (sila lihat sejarah PBB) maka sebab itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab di sekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yang baik.

Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir

Universiti Massachuset USA.

Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau usaha manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka sayapun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah pantang (taboo), apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod liver oil ) Pada pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah difahami oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di tahun akhir universiti, para penuntut di bidang perniagaan dikehendaki menjalankan projek dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai separuh dunia perniagaan di dunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijen di otak , banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat merangsang otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donutt dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada pendapat saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang suci dan berkhasiat untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak- kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel merokok di Singapura sangat pantang (taboo) dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muyskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat di sana?

Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan isu agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja sebelum ianya tercapai.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei panjangnya 5 muka surat penuh. Eseinya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato!"

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Thursday, January 29, 2009

BILA RASUAH JADI HALAL BOMBA PUN TERPALIT SAMA

4 SAFAR 1430
30HB jan 2009

Pada jam 1.30pm semalam bersamaan 3 safar 1430H iaitu 29hb Jan 2009 aku dapat panggilan dari seorang pelanggan yang baru siap rumah kedai 6 unit 2 tingkatnya. 6 unit lagi masih tertangguh disebabkan faktor kewangaan. Beliau berbangsa cina dan pada perkiraan aku umurnya dalam lingkungan 60an amat berbudi bahasa dan baik hati walaupun kadang-kadang apa yang dia cakap aku tak faham dan apa yang aku cakap dia tak faham.

Dengan nada terkejut dan terpingga2 dia menanyakann aku dalam telefon "EN ZEN aa.. nie ada bomba punya pengawai mari sini (tapak yang telah beroperasi sebagai pasaraya) dia kata ini bangunan tak de lulus sudah bikin niaga, saya pun tak de paham la.. ape dia mau!! Itu hari bukan lu orang bikin sudah lulus ka ini pelan??.. nanti2.. ha.. saya pas ini telepon kasi ini penguasa..."

Dengan sepontan aku pun jawab " MR ANG! ini pelan BOMBA sudah lulus you tak payah takut.. itu hari inspection sudah buat... BOMBA SHAH ALAM datang you pun ada apa? surat sokong CF PUN SUDAH LAMA DAPAT!!"

Orang tua cina ni pun jawab "haiya!!.. saya pun tak tau la.. tak berapa paham ape diaorang cakap... lu kasi tau sama diorang la ha.." dan handphone pun bertukar tangan pada orang BOMBA tu... yang mungkin pegawai kot atau pun cuma driver become somebody?!

Aku pun perkenalkan diri " Saya zen arif tuan DARI OFIS ARKITEK!" pegawai BOMBA dengan lantang dan bengisnya seolah2 aku dah buat kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan menyergah dengan nada tinggi "NIE MACAM MANE BOLEH BEROPERASI BENDA TAK LULUS NIE!!" aku cuba tenangkan hati tapi dengan menjawab "benda nie da lulus lama dah (tengah ingat bulan yang tepat)..." dia pun mencelah dengan mengherdik aku "JANGAN CAKAP AJE.. SURATNYE MANE PELANNYA MANA?" aku pun cuba untuk tarik nafas supaya aku boleh tahan rasa marah yang meluap2 untuk maki hamun orang BOMBA nie... dengan nada lembut tapi agak tersangkut2 dek kerana menahan marah nie aku pun tanya " TUAN.. boleh saya tau dengan sapa saya bercakap" DIA JAWAB " ARIFFIN!!" aku tanya lagi " TUAN dari mane ye?" Orang BOMBA yang tadinya kelihatan angkuh dan sombong aku rasa dia goyah untuk jawab soalan nie "BANTING!" dia jawab.

Sementara aku catatkan nama orang BOMBA nie atas sekeping kertas dia herdik dengan nada tinggi pada aku "nie macam mane nie benda tak lulus dah operasi??!!" aku pun jawab dengan nada sederhana (boleh control lagi la) "da lulus da tuan!!" DIA MAKI AKU "MANE BENDANYA?? JANGAN CAKAP AJE!! MANE BENDANYA??" peh... gila bai... apekehal dia nie... kalau betul nak mintak, mintak la elok-elok, memang ofis aku ada pegang satu salinan.. lepas tu cara mintak macam aku depan dia pulak.. kalau depan muka dia memang aku lempar je kat kepala dia tu.. dah la aku tak makan tengahari lagi... darah aku terus naik maksimum masa tu.. memang tak bole tahan lagi da... aku pun jerit dalam talifon opis aku tu... "OOOOOiiii!! aku cakap benda nie dah lulus la BANGSATTTT!! benda nie yang bagi lulus BOMBA SHAH ALAM.. KAU PEGI LA MINTAK KAT SHAH ALAM! selama nie pun aku deal dengan SHAH ALAM" nah ambik kau... aku rasa kalau aku depan orang BOMBA nie.. ada kemungkinan hari nie masuk paper utama PEMBUNUHAN KEJAM PEGAWAI BOMBA RASUAH!! hehehe .. maklumla... tu belajar tak abih lagi silat sendeng dengan taekwando..

Oleh kerana aku pun dah tak boleh control situasi tu... diapun pekak sekejap kot... jadi dia pas handphone tu pada aku punya pelanggan.. dalam2 tu aku terdengar suara pegawai BOMBA tu kata " nie... ape punya orang nie...kasi marah2 saya.. dia ingat hapa?" sampai tu je aku dengar... lepas tu handphone pun di tutup...

setengah jam kemudian MR ANG telefon aku.. " hai yaa.. EN ZEN ha.. saya pun tak tau la ini orang ha... tapi lu bikin bagus la.. sekali sekali mau ini macam la.. lu orang bikin betul apa... sekali-sekali mau marah la... pasal kita sudah turun naik dekat 1 tahun la... nie BOMBA punya hat!.. aku pun tanya dia " habis MR ANG BAGI diorang berapa? (ang pow la kot... datang masa-masa raya nie kan) dia agak keberatan menjawab.. " hai yaa... sikit-sikit la... nie kira ang pow la... raya punya hat!"

BEGITU LA RENDAHNYA MORAL SEORANG KAKITANGAN BOMBA BANTING SELANGOR!!.. YANG AKU SEDIHKAN sebab mangkok dan bangsat nie sebenarnya yang tau mengucap dua kalimah shahadah!! Yang aku dok pertahankan adalah seorang tua berbangsa cina dan bukan dari kalangan saudara kita pun...

Tapi benda nie tak abih macam tu je... sebab.. geram aku meluap-luap lagi... aku pun "search" internet cari tel nombor BOMBA BANTING!... aku pun dail ... "tolong sambungkan saya pada pengarah bomba banting!"

AKU DI MAKLUMKAN pengarahnya nama en FADZLIN dari cyberjaya. Setelah perkenalkan diri aku pun bagi tahu perihal anak buahnya bernama ARIFFIN yang terlampau... kurang ajar dan bangsat dan bahalol!! Tak habis aku cerita.. dia mencelah.. "sebenarnya saya pun ada di site tadi (tapak operasi bangunan pasaraya tu).. so aku pun jawab "oooo... macam tu rasanya tuan pun tau la ape situasi sebenar di site tu, jadi tak payah la saya cerita panjang lebar lagi... cuma saya nak bagi tau yang saya terkilan sebab segala surat menyurat dan kelulusan dari SHAH ALAM (BOMBA) dan kita tak pernah pun bagi sesalinan atau info berkenaan projek ini pada BANTING (BOMBA) tapi pihak tuan ada bagitau yang pihak tuan tahu berkenaan projek ini dah lulus pada pelan asal. maknanya kalau ada pelan pindaan yang perlukan kelulusan pun logiknya SHAH ALAM (BOMBA) yang akan inform ke BANTING.. jadi ape kaitan ARKITEK dengan masalah BANTING tak de salinan kelulusan pelan pindaan. nak marah2 arkitek apehal?.. nak serbu pelanggan saya apehal....?

Bila aku dah start membebel tu... dia pun bagitau yang dia ade meeting di cyberjaya jap lagi.. (mungkin nak mengelak kot atau ye la agaknya ade meeting).. akhirnya dia minta maaf bagi pihak anak buahnya tu...

SO dalam kepala otak aku nie... si mamat bangsat nie (ARIFFIN) dengan BOS dia nie ade di site dalam waktu yang sama.. JADI NYE ... DUIT "ANG POW" NIE... BAGI DUA KE ATAU SETIAP GEROMBOLAN YANG DATANG DAPAT "ANG POW" KETIKA ITU??... bukan nak menuduh.. tapi dah memang pelanggan aku cakap dia bagi sikit2 "ANG POW" RAYA.. BERAPA AGAKNYE?.. RM10? RM50? RM100? RM200?... emmm tah lah... kalo nama duit haram.. dapat banyak mane pun tak cukup!! "Lu pikir la sendiri" bak kata NABIL.

Ape yang aku nak pertikaikan kat sini.. kalau betul lah.. memang rumah kedai tu tiada kelulusan BOMBA sekali pun... kau balik la pejabat dulu.. buat surat.. hantar pada mana2 yang berkenaan.. samaada berbentuk amaran ke? atau mintak penjelasan ke? atau mintak maklumat terkini ke?... atau lain-lain la... tak kan tu pun aku nak ajar.. aduhhhhh... ape sengal sangat ke pegawai kerajaan yang ada sekarang nie ha...
(bukan semua pegawai kerajaan) sebab yang buat nie, dan yang jadi bangsat nie sikit.. tapi bila situasi ini berlaku.. habis nama JABATAN... semua terpalit..

Bagi aku mudah je.. AKU BUAT KERJA AKU, KAU BUAT KERJA KAU semua ikut etika kerja masing-masing... kan senang... (walaupun.....)

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT ISRAEL


sila layari web persatuan pengguna islam malaysia

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Saturday, January 10, 2009

BANTU ISRAEL BUNUH UMAT ISLAM PALISTiNE DENGAN..COKE, STARBUCKS, McDonalds, Mark & Spencer DAN COLGATE

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI - COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.

Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.

Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.

Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.

PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.

PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.

Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.

Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.[END]

PPIM SENTIASA KONSISTEN DENGAN PERJUANGAN DAN AGENDA DEMI UMMAH. KEMPEN BOIKOT INI TELAH BERMULA DENGAN BOIKOT COKE PADA TAHUN 2002. ANTARA KOLEKSI BERITA DI LAMAN WEB PPIM BERKENAAN ISU BOIKOT (SEJAK 2004)

berita dari : http://www.muslimconsumer.org.my


50 NGO boikot produk AS

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Sebanyak 50 anggota Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Menentang Penganiayaan Rakyat Palestin bertekad memboikot produk Amerika Syarikat (AS) sehingga penduduk Palestin dibebaskan daripada cengkaman rejim Israel secara adil.

Pengerusinya, Mohd. Adnan Mohd. Tahir berkata, kempen memboikot produk AS itu bukan sahaja dilakukan hari ini ketika penduduk Palestin dikecam rejim Israel tetapi akan berterusan sehingga isu Palestin diselesaikan dengan saksama.

Beliau menegaskan, penganiayaan dan kekejaman ke atas penduduk Palestin telah berlanjutan sejak 1948 sehingga hari ini tanpa penyelesaian oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Gabungan itu setakat ini, katanya, telah mengenal pasti tiga syarikat termasuk McDonalds, Starbuck serta Mark & Spencer untuk diboikot berikutan tindakan mereka membantu rejim Israel menentang Palestin.

''Gabungan juga akan menyenaraikan 20 syarikat AS dan sekutunya yang lain untuk diboikot,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas demikian berhubung perkembangan kempen memboikot produk AS dan sekutunya berikutan rejim Israel menyerang Palestin sehingga mengorbankan ratusan dan mencederakan ribuan penduduknya sejak minggu lalu.

Sementara itu, gabungan tersebut akan menyerahkan memorandum membantah rejim Israel menyerang penduduk Palestin kepada Kedutaan Amerika Syarikat.

Pihaknya juga jelas beliau akan menyerahkan memorandum yang sama kepada kedutaan Mesir dan Perancis minggu depan.

Sehubungan katanya gabungan itu akan mengadakan 'Hari Selamatkan Rakyat Palestin' pada 18 Januari di Kompleks Sukan Bangsar di sini.

Sementara itu, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyokong saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mata wang AS dan produknya diboikot secara terancang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Md. Di A. Ghani dalam kenyataan akhbar di sini semalam berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya serangan udara, laut dan darat yang berterusan ke atas penduduk Gaza.

Tindakan itu, katanya, seolah-olah rejim Israel mahu menghapuskan penduduk Palestin dan wilayah itu sama sekali.

Menurutnya, Mubarak juga menyokong saranan Dr. Mahathir supaya diadakan Sidang Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza itu.

berita dari http://www.tvantara.com

Thursday, January 8, 2009

JIHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAD!!!


wajib bantu saudara kita di palestine...!!!!


Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

Tuesday, January 6, 2009

RUJUK PADA AL QURAN TENTANG KAUM BANI ISRAEL

RUJUK PADA AL QURAN TENTANG KAUM BANI ISRAEL

Dedikasi buat Tun Dr Mahathir yang sudah mula lupa! Bukankah suatu ketika dahulu ketika Tun menjawat kerusi Menteri Perdana Tun berkeras mahu menggunakan logik akal dan membelakangkan wahyu bahawa harus berdakwah dan berbaik-baik dengan Yahudi laknatullah. Tun mula mengorak langkah silap dengan menghantar Tunku Imran anak Yamtuan Negeri Sembilan pada ketika itu untuk menjalin persahabatan dengan regime Israel melalui perlawanan kriket dengan pasukan Yahudi.

Natijahnya beratus ahli PAS "berperang" dengan FRU di padang kriket Universiti Malaya dan seterusnya dikenakan hukuman denda kerana berdemonstrasi. Masih ingatkah Tun anggota FRU masuk masjid Ar Rahman Universiti Malaya dengan kasut-kasut mereka untuk menangkap ahli PAS yang bertempiaran lari dari pancutan air asid FRU.

Banyak lagi insiden yang membuktikan Tun adalah Pro Israel ketika itu.

Kini pelbagai barangan masuk ke pelabuhan kita dari Israel menggunakan syarikat proksi dan jika kita teliti logo di kontena yang dipunggah dari kapal-kapal berkenaan adalah dari Israel. Sila lihat posting MULAKAN BOIKOT BARANGAN YAHUDI DI DEPAN MATA.


Mulakan boikot sekarang. Bukan cakap politik sahaja. Gerakkan semua kementerian dan jabatan Kerajaan yang berkenaan. Siasat mana-mana agensi yang berurusan dengan Israel atau proksinya. OIC dan NAM jangan jadi tunggul dan tidur. Desak kedutaan Arab di Malaysia untuk berbuat sesuatu yang positif sebelum terlambat. Adakah kita ingin melihat Israel meluaskan lagi jajahannnya sperti selepas perang tahun 1967. Jangan jadi seperti regim Arab yang terang-terang bersekongkol dengan USA dan Israel. Tunggulah saat kehancuran buat mereka. "Sesungguhnya ALlah tidak mungkir janji".

Hentikan hubungan dagangan dengan Israel: Dr Mahathir

Sinar Harian
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam menggesa negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan Amerika Syarikat (AS) supaya menghentikannya kerana ia akan meningkatkan lagi serangan Israel ke atas penduduk tidak berdosa Palestin.

Beliau berkata, selain tindakan menghentikan hubungan dagangan, negara berkenaan juga perlu sepakat untuk menyelar sikap AS yang secara terang menyokong perbuatan Israel menceroboh Gaza.

“Kita perlu hentikan segera (hubungan dagangan). Jika tidak mereka (Amerika dan Israel) semakin kuat menyerang Palestin.

“Inilah cara terbaik kita lakukan ke atas Amerika kerana mereka jelas memberi sokongan dengan tindakan Israel membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Dr Mahathir turut menyifatkan serangan ke atas Palestin menerusi laut, udara dan darat sejak seminggu lalu itu sebagai peperangan moden kerana melibatkan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa.

Mengenai sama ada Malaysia mampu bertahan hubungan dengan Amerika, beliau berkata, setiap perbuatan baik ada harganya.

“Saya yakin negara mampu berdaya saing maju tanpa bergantung pada Amerika. Lagipun, ketika ini ekonomi Malaysia adalah lebih pelbagai,” katanya.

Ditanya wartawan, mengapa kebanyakan badan hanya mendiamkan diri ketika Israel menyerang Gaza, beliau berkata, organisasi itu diterajui oleh Amerika dan Britain.

Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan wujud ketidakadilan dunia terhadap Israel.

“Pada saya, Amerika dan Britain adalah dalang yang mencetuskan peperangan di bandar Gaza sehingga kehilangan banyak nyawa dan negara Palestin semakin musnah. Ini satu perkara yang tidak baik.

“Kita patut boikot barangan mereka. Kita jangan beli peralatan perang daripada Amerika. Kita ada pilihan lain, kita boleh beli senjata daripada Rusia,” katanya.

Dr Mahathir berkata, peperangan zaman moden yang berlaku itu bukan alternatif untuk memusnahkan sesebuah negara, sebaliknya hendak menghapuskan umat Islam.

Ditanya kenapa beliau mengadakan sidang akhbar, katanya, beliau perlu membuat sesuatu dan bercakap sesuatu seperti mengharapkan Amerika perlu berhenti menyokong Israel.

“Jangan salahkan Israel, salahkan Amerika Syarikat dan Britain sebab mereka yang mencipta keadaan di sana (Gaza),” katanya.