Thursday, January 29, 2009

BILA RASUAH JADI HALAL BOMBA PUN TERPALIT SAMA

4 SAFAR 1430
30HB jan 2009

Pada jam 1.30pm semalam bersamaan 3 safar 1430H iaitu 29hb Jan 2009 aku dapat panggilan dari seorang pelanggan yang baru siap rumah kedai 6 unit 2 tingkatnya. 6 unit lagi masih tertangguh disebabkan faktor kewangaan. Beliau berbangsa cina dan pada perkiraan aku umurnya dalam lingkungan 60an amat berbudi bahasa dan baik hati walaupun kadang-kadang apa yang dia cakap aku tak faham dan apa yang aku cakap dia tak faham.

Dengan nada terkejut dan terpingga2 dia menanyakann aku dalam telefon "EN ZEN aa.. nie ada bomba punya pengawai mari sini (tapak yang telah beroperasi sebagai pasaraya) dia kata ini bangunan tak de lulus sudah bikin niaga, saya pun tak de paham la.. ape dia mau!! Itu hari bukan lu orang bikin sudah lulus ka ini pelan??.. nanti2.. ha.. saya pas ini telepon kasi ini penguasa..."

Dengan sepontan aku pun jawab " MR ANG! ini pelan BOMBA sudah lulus you tak payah takut.. itu hari inspection sudah buat... BOMBA SHAH ALAM datang you pun ada apa? surat sokong CF PUN SUDAH LAMA DAPAT!!"

Orang tua cina ni pun jawab "haiya!!.. saya pun tak tau la.. tak berapa paham ape diaorang cakap... lu kasi tau sama diorang la ha.." dan handphone pun bertukar tangan pada orang BOMBA tu... yang mungkin pegawai kot atau pun cuma driver become somebody?!

Aku pun perkenalkan diri " Saya zen arif tuan DARI OFIS ARKITEK!" pegawai BOMBA dengan lantang dan bengisnya seolah2 aku dah buat kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan menyergah dengan nada tinggi "NIE MACAM MANE BOLEH BEROPERASI BENDA TAK LULUS NIE!!" aku cuba tenangkan hati tapi dengan menjawab "benda nie da lulus lama dah (tengah ingat bulan yang tepat)..." dia pun mencelah dengan mengherdik aku "JANGAN CAKAP AJE.. SURATNYE MANE PELANNYA MANA?" aku pun cuba untuk tarik nafas supaya aku boleh tahan rasa marah yang meluap2 untuk maki hamun orang BOMBA nie... dengan nada lembut tapi agak tersangkut2 dek kerana menahan marah nie aku pun tanya " TUAN.. boleh saya tau dengan sapa saya bercakap" DIA JAWAB " ARIFFIN!!" aku tanya lagi " TUAN dari mane ye?" Orang BOMBA yang tadinya kelihatan angkuh dan sombong aku rasa dia goyah untuk jawab soalan nie "BANTING!" dia jawab.

Sementara aku catatkan nama orang BOMBA nie atas sekeping kertas dia herdik dengan nada tinggi pada aku "nie macam mane nie benda tak lulus dah operasi??!!" aku pun jawab dengan nada sederhana (boleh control lagi la) "da lulus da tuan!!" DIA MAKI AKU "MANE BENDANYA?? JANGAN CAKAP AJE!! MANE BENDANYA??" peh... gila bai... apekehal dia nie... kalau betul nak mintak, mintak la elok-elok, memang ofis aku ada pegang satu salinan.. lepas tu cara mintak macam aku depan dia pulak.. kalau depan muka dia memang aku lempar je kat kepala dia tu.. dah la aku tak makan tengahari lagi... darah aku terus naik maksimum masa tu.. memang tak bole tahan lagi da... aku pun jerit dalam talifon opis aku tu... "OOOOOiiii!! aku cakap benda nie dah lulus la BANGSATTTT!! benda nie yang bagi lulus BOMBA SHAH ALAM.. KAU PEGI LA MINTAK KAT SHAH ALAM! selama nie pun aku deal dengan SHAH ALAM" nah ambik kau... aku rasa kalau aku depan orang BOMBA nie.. ada kemungkinan hari nie masuk paper utama PEMBUNUHAN KEJAM PEGAWAI BOMBA RASUAH!! hehehe .. maklumla... tu belajar tak abih lagi silat sendeng dengan taekwando..

Oleh kerana aku pun dah tak boleh control situasi tu... diapun pekak sekejap kot... jadi dia pas handphone tu pada aku punya pelanggan.. dalam2 tu aku terdengar suara pegawai BOMBA tu kata " nie... ape punya orang nie...kasi marah2 saya.. dia ingat hapa?" sampai tu je aku dengar... lepas tu handphone pun di tutup...

setengah jam kemudian MR ANG telefon aku.. " hai yaa.. EN ZEN ha.. saya pun tak tau la ini orang ha... tapi lu bikin bagus la.. sekali sekali mau ini macam la.. lu orang bikin betul apa... sekali-sekali mau marah la... pasal kita sudah turun naik dekat 1 tahun la... nie BOMBA punya hat!.. aku pun tanya dia " habis MR ANG BAGI diorang berapa? (ang pow la kot... datang masa-masa raya nie kan) dia agak keberatan menjawab.. " hai yaa... sikit-sikit la... nie kira ang pow la... raya punya hat!"

BEGITU LA RENDAHNYA MORAL SEORANG KAKITANGAN BOMBA BANTING SELANGOR!!.. YANG AKU SEDIHKAN sebab mangkok dan bangsat nie sebenarnya yang tau mengucap dua kalimah shahadah!! Yang aku dok pertahankan adalah seorang tua berbangsa cina dan bukan dari kalangan saudara kita pun...

Tapi benda nie tak abih macam tu je... sebab.. geram aku meluap-luap lagi... aku pun "search" internet cari tel nombor BOMBA BANTING!... aku pun dail ... "tolong sambungkan saya pada pengarah bomba banting!"

AKU DI MAKLUMKAN pengarahnya nama en FADZLIN dari cyberjaya. Setelah perkenalkan diri aku pun bagi tahu perihal anak buahnya bernama ARIFFIN yang terlampau... kurang ajar dan bangsat dan bahalol!! Tak habis aku cerita.. dia mencelah.. "sebenarnya saya pun ada di site tadi (tapak operasi bangunan pasaraya tu).. so aku pun jawab "oooo... macam tu rasanya tuan pun tau la ape situasi sebenar di site tu, jadi tak payah la saya cerita panjang lebar lagi... cuma saya nak bagi tau yang saya terkilan sebab segala surat menyurat dan kelulusan dari SHAH ALAM (BOMBA) dan kita tak pernah pun bagi sesalinan atau info berkenaan projek ini pada BANTING (BOMBA) tapi pihak tuan ada bagitau yang pihak tuan tahu berkenaan projek ini dah lulus pada pelan asal. maknanya kalau ada pelan pindaan yang perlukan kelulusan pun logiknya SHAH ALAM (BOMBA) yang akan inform ke BANTING.. jadi ape kaitan ARKITEK dengan masalah BANTING tak de salinan kelulusan pelan pindaan. nak marah2 arkitek apehal?.. nak serbu pelanggan saya apehal....?

Bila aku dah start membebel tu... dia pun bagitau yang dia ade meeting di cyberjaya jap lagi.. (mungkin nak mengelak kot atau ye la agaknya ade meeting).. akhirnya dia minta maaf bagi pihak anak buahnya tu...

SO dalam kepala otak aku nie... si mamat bangsat nie (ARIFFIN) dengan BOS dia nie ade di site dalam waktu yang sama.. JADI NYE ... DUIT "ANG POW" NIE... BAGI DUA KE ATAU SETIAP GEROMBOLAN YANG DATANG DAPAT "ANG POW" KETIKA ITU??... bukan nak menuduh.. tapi dah memang pelanggan aku cakap dia bagi sikit2 "ANG POW" RAYA.. BERAPA AGAKNYE?.. RM10? RM50? RM100? RM200?... emmm tah lah... kalo nama duit haram.. dapat banyak mane pun tak cukup!! "Lu pikir la sendiri" bak kata NABIL.

Ape yang aku nak pertikaikan kat sini.. kalau betul lah.. memang rumah kedai tu tiada kelulusan BOMBA sekali pun... kau balik la pejabat dulu.. buat surat.. hantar pada mana2 yang berkenaan.. samaada berbentuk amaran ke? atau mintak penjelasan ke? atau mintak maklumat terkini ke?... atau lain-lain la... tak kan tu pun aku nak ajar.. aduhhhhh... ape sengal sangat ke pegawai kerajaan yang ada sekarang nie ha...
(bukan semua pegawai kerajaan) sebab yang buat nie, dan yang jadi bangsat nie sikit.. tapi bila situasi ini berlaku.. habis nama JABATAN... semua terpalit..

Bagi aku mudah je.. AKU BUAT KERJA AKU, KAU BUAT KERJA KAU semua ikut etika kerja masing-masing... kan senang... (walaupun.....)

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT ISRAEL


sila layari web persatuan pengguna islam malaysia

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Saturday, January 10, 2009

BANTU ISRAEL BUNUH UMAT ISLAM PALISTiNE DENGAN..COKE, STARBUCKS, McDonalds, Mark & Spencer DAN COLGATE

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI - COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.

Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.

Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.

Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.

PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.

PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.

Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.

Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.[END]

PPIM SENTIASA KONSISTEN DENGAN PERJUANGAN DAN AGENDA DEMI UMMAH. KEMPEN BOIKOT INI TELAH BERMULA DENGAN BOIKOT COKE PADA TAHUN 2002. ANTARA KOLEKSI BERITA DI LAMAN WEB PPIM BERKENAAN ISU BOIKOT (SEJAK 2004)

berita dari : http://www.muslimconsumer.org.my


50 NGO boikot produk AS

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Sebanyak 50 anggota Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Menentang Penganiayaan Rakyat Palestin bertekad memboikot produk Amerika Syarikat (AS) sehingga penduduk Palestin dibebaskan daripada cengkaman rejim Israel secara adil.

Pengerusinya, Mohd. Adnan Mohd. Tahir berkata, kempen memboikot produk AS itu bukan sahaja dilakukan hari ini ketika penduduk Palestin dikecam rejim Israel tetapi akan berterusan sehingga isu Palestin diselesaikan dengan saksama.

Beliau menegaskan, penganiayaan dan kekejaman ke atas penduduk Palestin telah berlanjutan sejak 1948 sehingga hari ini tanpa penyelesaian oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Gabungan itu setakat ini, katanya, telah mengenal pasti tiga syarikat termasuk McDonalds, Starbuck serta Mark & Spencer untuk diboikot berikutan tindakan mereka membantu rejim Israel menentang Palestin.

''Gabungan juga akan menyenaraikan 20 syarikat AS dan sekutunya yang lain untuk diboikot,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas demikian berhubung perkembangan kempen memboikot produk AS dan sekutunya berikutan rejim Israel menyerang Palestin sehingga mengorbankan ratusan dan mencederakan ribuan penduduknya sejak minggu lalu.

Sementara itu, gabungan tersebut akan menyerahkan memorandum membantah rejim Israel menyerang penduduk Palestin kepada Kedutaan Amerika Syarikat.

Pihaknya juga jelas beliau akan menyerahkan memorandum yang sama kepada kedutaan Mesir dan Perancis minggu depan.

Sehubungan katanya gabungan itu akan mengadakan 'Hari Selamatkan Rakyat Palestin' pada 18 Januari di Kompleks Sukan Bangsar di sini.

Sementara itu, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyokong saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mata wang AS dan produknya diboikot secara terancang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Md. Di A. Ghani dalam kenyataan akhbar di sini semalam berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya serangan udara, laut dan darat yang berterusan ke atas penduduk Gaza.

Tindakan itu, katanya, seolah-olah rejim Israel mahu menghapuskan penduduk Palestin dan wilayah itu sama sekali.

Menurutnya, Mubarak juga menyokong saranan Dr. Mahathir supaya diadakan Sidang Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza itu.

berita dari http://www.tvantara.com

Thursday, January 8, 2009

JIHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAD!!!


wajib bantu saudara kita di palestine...!!!!


Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

Tuesday, January 6, 2009

RUJUK PADA AL QURAN TENTANG KAUM BANI ISRAEL

RUJUK PADA AL QURAN TENTANG KAUM BANI ISRAEL

Dedikasi buat Tun Dr Mahathir yang sudah mula lupa! Bukankah suatu ketika dahulu ketika Tun menjawat kerusi Menteri Perdana Tun berkeras mahu menggunakan logik akal dan membelakangkan wahyu bahawa harus berdakwah dan berbaik-baik dengan Yahudi laknatullah. Tun mula mengorak langkah silap dengan menghantar Tunku Imran anak Yamtuan Negeri Sembilan pada ketika itu untuk menjalin persahabatan dengan regime Israel melalui perlawanan kriket dengan pasukan Yahudi.

Natijahnya beratus ahli PAS "berperang" dengan FRU di padang kriket Universiti Malaya dan seterusnya dikenakan hukuman denda kerana berdemonstrasi. Masih ingatkah Tun anggota FRU masuk masjid Ar Rahman Universiti Malaya dengan kasut-kasut mereka untuk menangkap ahli PAS yang bertempiaran lari dari pancutan air asid FRU.

Banyak lagi insiden yang membuktikan Tun adalah Pro Israel ketika itu.

Kini pelbagai barangan masuk ke pelabuhan kita dari Israel menggunakan syarikat proksi dan jika kita teliti logo di kontena yang dipunggah dari kapal-kapal berkenaan adalah dari Israel. Sila lihat posting MULAKAN BOIKOT BARANGAN YAHUDI DI DEPAN MATA.


Mulakan boikot sekarang. Bukan cakap politik sahaja. Gerakkan semua kementerian dan jabatan Kerajaan yang berkenaan. Siasat mana-mana agensi yang berurusan dengan Israel atau proksinya. OIC dan NAM jangan jadi tunggul dan tidur. Desak kedutaan Arab di Malaysia untuk berbuat sesuatu yang positif sebelum terlambat. Adakah kita ingin melihat Israel meluaskan lagi jajahannnya sperti selepas perang tahun 1967. Jangan jadi seperti regim Arab yang terang-terang bersekongkol dengan USA dan Israel. Tunggulah saat kehancuran buat mereka. "Sesungguhnya ALlah tidak mungkir janji".

Hentikan hubungan dagangan dengan Israel: Dr Mahathir

Sinar Harian
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam menggesa negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan Amerika Syarikat (AS) supaya menghentikannya kerana ia akan meningkatkan lagi serangan Israel ke atas penduduk tidak berdosa Palestin.

Beliau berkata, selain tindakan menghentikan hubungan dagangan, negara berkenaan juga perlu sepakat untuk menyelar sikap AS yang secara terang menyokong perbuatan Israel menceroboh Gaza.

“Kita perlu hentikan segera (hubungan dagangan). Jika tidak mereka (Amerika dan Israel) semakin kuat menyerang Palestin.

“Inilah cara terbaik kita lakukan ke atas Amerika kerana mereka jelas memberi sokongan dengan tindakan Israel membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Dr Mahathir turut menyifatkan serangan ke atas Palestin menerusi laut, udara dan darat sejak seminggu lalu itu sebagai peperangan moden kerana melibatkan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa.

Mengenai sama ada Malaysia mampu bertahan hubungan dengan Amerika, beliau berkata, setiap perbuatan baik ada harganya.

“Saya yakin negara mampu berdaya saing maju tanpa bergantung pada Amerika. Lagipun, ketika ini ekonomi Malaysia adalah lebih pelbagai,” katanya.

Ditanya wartawan, mengapa kebanyakan badan hanya mendiamkan diri ketika Israel menyerang Gaza, beliau berkata, organisasi itu diterajui oleh Amerika dan Britain.

Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan wujud ketidakadilan dunia terhadap Israel.

“Pada saya, Amerika dan Britain adalah dalang yang mencetuskan peperangan di bandar Gaza sehingga kehilangan banyak nyawa dan negara Palestin semakin musnah. Ini satu perkara yang tidak baik.

“Kita patut boikot barangan mereka. Kita jangan beli peralatan perang daripada Amerika. Kita ada pilihan lain, kita boleh beli senjata daripada Rusia,” katanya.

Dr Mahathir berkata, peperangan zaman moden yang berlaku itu bukan alternatif untuk memusnahkan sesebuah negara, sebaliknya hendak menghapuskan umat Islam.

Ditanya kenapa beliau mengadakan sidang akhbar, katanya, beliau perlu membuat sesuatu dan bercakap sesuatu seperti mengharapkan Amerika perlu berhenti menyokong Israel.

“Jangan salahkan Israel, salahkan Amerika Syarikat dan Britain sebab mereka yang mencipta keadaan di sana (Gaza),” katanya.